Tuesday, October 27

Apa nak jadi dgn Pelajar kita??

ok.. ini adalah sambungan dari cerita di hotel May Blossom Tawau..

ok.. nak cita sikit.. ni tak der kena mengena dgn hotel cuma terkejut.. Masa duduk di hotel ini, kami berada di tingkat 9. Tinggi tu.. kan kan kan.. so pada suatu petang itu.. tetiba hati nak melihat kebawah dari jendela kamar hotel.. pergh ayat.. sewaktu melihat kebawah.. terkejut.. panggil Auntie Amnah..

Kak.. cuba tgk di bawah.. atas bangunan tu. ramai studen pakai baju sekolah.  lepas ada datang beberapa org.. rasanya orng dewasa.. budak-budak ni duk bersalam dan  duk berkumpul dekat sangat dengan orang tu. Macam sedang bagi penerangan. Kalo orng kita kata duk berlaga lutut le.. punya dekat. Kita ni tak puas hati.. tgk jek.. nak dengar suara.. mmg tak la kan.. jauh nun di bawah...

lepas tu tgk dia kuar kan kayu macam kayu kriket.. aik.. ibu kata asal nak kuar kayu kriket tu.. bukan boleh main kot kat situ.. bukan besar pun.. curios.. ongputih kata. hehhe 
Ibu dan Auntie Amnah.. tgk lagi.. erkk..
KAkkk.. dia pukul budak tu la kak.. adehh sakitnyaaa.. ibu pun tak tahu la sakit ke tidak.. tapi dgn cara dia.. mmg sakit. mula-mula budak lelaki.. macam mana cara dia  pukul

Tutup mata
Ikan kaki
Adalah halangan kain putih untuk elak kumpulan lain tgk.. tapi kami yang duk atas ni. mmg nampak la.. kemudia.. dia pukul bahagian belakang.. adeh sakit.. mula-mula agak.. oo.. kot nak masuk jadi ahli.. kena pukul kot.. 
tup tup.. tgk lagi.. budak perempuan pakai baju sekolah plak.. adoii kena pukul dan teranjang.. cara macam tadi jugak.. YaAllah.. Ibu tak dapat bayangkan jika Qaira atau Dinna yang berada di situ.. Luluh..hati ibu.. tak tahu nak kata.. agaknya mati la ibu.. kalau adik dan kakak berada di situ..

Ibu dan Auntie Amnah jadi tak tentu hala.. Pening dan sakit kepala tetiba jek datang.. Sebab apa.. sebab terkejut bende tu berlaku.. Auntie Amnah kata.. kita telefon polis.. Cari ni no telefon Polis Tawau di Internet.. mula mula kami call Rakan Cops Sabah.. Adohh dah setengah jam tunggu tidak ada apa-apa tindakan.. Tak bley jadi.. kami call terus Balai Polis Tawau.. Auntie Amnah siap merayu lagi.. Tolonglah en.. tgk kan apa yang berlaku. mereka memukul budak budak sekolah.. cam tu la lebih kurang ayatnya.. tak sampai 10 minit.. Polis call balik .. tanya lokasi di mana..Auntie Amnah ceritalah di kawasan mana.. tapi payah sikit nak cerita sebab kita org luar.. tak biasa nama jalan.. lepas tu Auntie Amnah kata.. cepat en.. sy nak keluar..

Lepas polis telefon.. Kawan Auntie Amnah pun call. So kami pun turun..
sewaktu nak keluar tu.. nampak polis.. Auntie Amnah keluar dari kereta.. dan terus kata.. saya yang call en.. agak-agak jek itu polis nya.. mmg betul la.. so.. terus kami tunjuk di mana kawasan tu. lepas tu polis kata.. tak boleh naik ikut ni.. kena ikut pintu belakang untuk naik ke roof .. so..tugas kami selesai.. Semoga Allah membantu anak-anak itu kembali kepangkal jalan jika apa yang kami lihat itu sesuatu yang tidak baik.. Tapi bila di certia apa yang berlaku kepada Kawan Auntie Amnah.. dia kata.. mereka tu nak masuk group.. macam samseng.. Group tu yang akan jaga depa.. cam tu la.. 
Ada Videonya..ibu nak upload cam serba salah pulak.



Ya Allah semoga KAU jauhilah anak-anak aku dari perkara perkara buruk ini,

No comments:

Post a Comment

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan