Thursday, October 22

Udang Goreng Telur Masin

Hari ini saja ambil cuti.  Sebenarnya malas kerja.. boleh tak gitu. hahhaa.. Sepatutnya hari ini kena kerja luar opis, disebabkan jerebu yang begitu indah seperti kabus ni.. hahhaha maka tidak jadilah kerja tersebut. Maka apa lagi.. sms bos. Bos sy cuti.. hahhaha boleh tak. Tahu tak sebab apa jarang masak??? sebabnya ibu selalu kerja di luar kawasan. orang putih kata outsation. hehehhe tapi kalau tak kerja luar kawasan pun.. tak masak jugak... hahhaah sebab ibu ada penyakit M yang sangat tebal. Orang lain boleh jek masak  walaupun sibuk kan kan kan.. hahhaha Jangan di ikut perangai buruk ibu ni. para ibu kena rajin memasak. hahahhaa...

Maka ari ini nak masak la sikit.. sebab penyakit M tu reda sikit hari ini.. hahahha.. Nak masak Apa?? tgk dalam peti sejuk.. ada lagi baki udang yang ibu beli masa outstation di Tawau Sabah ari tu.. Perghh jauh tu beli udang.. hahha sampai ke Tawau.  sebab apa beli... sebab udang dia fresh. baru naik dari laut. huhuhu.. tapi skang idak la fresh lagi.. sebab dah seminggu dalam peti ais. hahahha... ok.. ari ini nak masak....tadaaaaaaa


Udang Goreng Butter dan Telur Masin


Bahan bahan:
500 gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak
3-5 sudu besar butter
6 ulas bawang putih - di cincang
15 biji cili padi ~ dihiris serong
4 tangkai daun kari
2 biji telur masin ~ direbus & hancur
2 sudu kecil gula
10 sudu besar susu cair/susu segar
1 sudu kecil tepung jagung

Cara cara:
Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.

Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).


Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi

Sumber dari :kak Azie

cari resepi di dari blog azie shop. hope menjadilah.. tapi sebenarnya dah dua tiga  kali buat.. biasalah.. lupa.. sebab jaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanggggggggggggggggg.. jarangggggggggggggg.. untuk buat.... 

Tadaaaaa. Ini dia masakannya.. Ghope idok le cantik.. Tapi.. Mebelesss. Hehhe


No comments:

Post a Comment

Bercakap-cakaplah di sini sesuka hati dengan kaedah bersopan..

Cerita-Cerita Lama

Blog Rakan